
Past these few days, I've been thinking about myself, my problems, my future, about everything especially my heart..little bit disappointed to myself because I can't handle in throwing bad history from heart and always thinking others than to think much about Allah, The Most Great and Gracious..Allah, I know all of these things are from You, I pleased to receive them..I beg You, please make my heart stronger than before..
Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa pemimpin suatu kelompok adalah pelayan kelompok tersebut. Oleh kerana itu, pemimpin hendaklah melayani dan menolong orang lain untuk maju. Beberapa ciri penting yang menggambarkan kepimpinan Islam adalah seperti berikut:
Sesuatu yang agak rumit bila menjadi ‘suri rumah tangga’ ni ialah setiap pagi kena fikir nak masak apa untuk hari ni..setiap pagi, aku akan tanya mak nak masak apa hari ni. Lepas tu mak tanya aku balik nak masak apa..haha..fikir2 balik kelakar gak..
Salah satu factor kes nak masak apa ni terjadi adalah disebabkan kecerewetan ayah dalam bab2 makan..huhu..bnyak yang ayah tak suka, tapi aku suka. Takpela untuk kesenangan hati ayah, ku korbankan kegemaran aku tu. Lagipun, kalau balik bangi boleh jugak makan apa yang aku nak. Sebab tu aku tak kisah sangat kalau kat rumah ni nak dapat makan asam pedas kegemaran aku tu sangatlah susah.
And surprising me, this morning, when I asked my mom the routinely question, my mom already have the answer. GULAI PETAI!!! Haaaaa….terus aku tengok pokok petai depan rumah. No wonderla kenapa mak nak gulai petai sebab ayah tengah panjat pokok petai tu, sebab nak amik petai la takkan lepak saje2 kot..hiii
Yup..my ayah hobinye ataupun kerja sampingan sejak pencen dan duduk kampong ni adalah menjual petai. Dia yang panjat sendiri, dan dia yang jual sendiri.untungg..sebab kat area sini memang ramai yang beli petai kat ayah aku..weee..
Hehe..semangat nak masak petai yang fresh datangnya dari pokok depan rumah..ish..sekarang pun dah berbunyi perut sebab terbau gulai kat dapur..
Ok how to make gulai petai ala-ala kampung bongek?
Bahan-bahan:
5 papan petai yang telah siap dikikis. (hilangkan kulit yg hijau)
1 senduk cili api kisar
Sedikit kunyit
1 buah kelapa santan segar
3 keping asam keping
Segenggam ikan bilis
Sedikit garam
Cara-cara
- Rebus sebentar petai-petai tersebut selama 5 minit. Toskan airnya
- Angkat periuk dari dapur, perah santan, masukkan asam keping, cili api, ikan bilis, kunyit, dan garam.
Ok2..aku makan dulu yer..lapar...bismillah…^^
Aku ada pet baru. Chomel namanya. Chomel seekor kucing parsi kacukan yang sgt comel. sebab tu kitorg sekeluarga bagi nama dia Chomel. aku je yang mengada2 letak 'H' kt situ..
Ateh aku yang bawak balik rumah pada 12 oktober lepas. Ateh yang beli, tapi dia rahsiakan harganya..before chomel smpai rumah, aku ada bagitau mak aku, yang ateh aku ada beli kucing baru..nak tau ape respon mak? Mak aku ckp “habesla kerusi meja kt rumah ni kena cakar nanti…” adehhh..suspen aku dgr respon mak macam tu..abes la…
Tapi bila ateh sampai je..(he brought Chomel by his Motorcycle. Huhu)..dan keluarkan chomel dari beg pet, terus mak senyum sambil berkata “comelnye…”..haha tak de pulak mak mengomel pasal kerusi meja kena cakar ..see? hati seseorang terus cair tengok kecomelan Chomel dan kelincahan dia.
Chomel kecik lagi. Baby lagi, umur dia baru 3 bulan. So gigi tak banyak. ada 4 batang je kalau tak salah.Haha..chomel je dia nak gigit2 tangan aku bila aku geletek perut dia. Pandai ajak orang bergurau tau.. eee..comel sangat, mcm nak cubit2 je Chomel ni..hehe
Chomel got her first vaccine last week. Dan dia demam 2 hari..panas badan dia. tidur je sepanjang hari. Takpe chomel, vaccine tu khas utk chomel, supaya jauh dari penyakit dan sebarkan virus ke segenap rumah.
Tahukah kalian, Rasulullah s.a.w sangat menyayangi kucing. Baginda mempunyai seekor kucing perliharaan yang bernama Mueeza. Salah satu sifat mueeza yang Rasulullah sangat suka, bila azan berkumandang, Mueeza akan mengiau ikut irama azan tersebut..dan baginda s.a.w telah berpesan kepada sahabat2 supaya menyayangi kucing dan hendaklah menganggap kucing perliharaan seperti ahli keluarga sendiri..Alhamdulillah..salah satu sunnah nabi.(^_^) jangan benci kucing, sayangi mereka tanda cinta kita kepada Rasulullah s.a.w
Ya Allah, damaikanlah hati hambaMU dengan segala ketentuan yang telah Kau tetapkan..jauhkanlah dari rasa pilu ini, jauhkanlah dari rasa sepi ini..penuhilah hati yang kosong ini dengan kasih sayangMU..kasihanilah hambaMu yang hina ini..berkatilah kehidupanku, rahmatilah harapanku..Jika rasa sepi dan kesedihan ini adalah bisikan syaitan yang durjana untuk melemahkan iman serta hatiku juga semangatku, maka Kau bantulah aku untuk menghindari rasa pilu ini..Kasihanilah aku Ya Allah..Janganlah Kau biarkan aku terus terusan begini, sedangkan aku dalam usaha meraih cinta suci itu, Cinta agung itu..Cinta Mu Ya Allah..Berkatilah..
Selain duduk goyang kaki, membasuh, mengemas, memasak kat rumah ni, aku juga ada tanggungjawab lain selain semua tu iaitu jururawat peribadi mak. Takdela nurse sgt, Cuma kena pastikan mak makan ubat, tanya keadaan mak, pastikan mak makan dan perut mak xkosong dan buat weekly blood glucose checking.
Mak aku penghidap diabetis, kandungan gula dalam darah mak sebelum ni tinggi, pernah capai sampai 27m/mol. Tinggi sangat tu sebab yang normal adalah 5.8 – 6.0 m/mol.
Tapi Alhamdulillah setelah mak berpantang, kandungan gula tu makin turun dan turun. Sampailah pada akhir Ramadhan yang lepas, mak demam, tak ada selera makan..bila berbuka mak tak makan apa-apa langsung tapi mak makan ubat kencing manis dan minum teh misai kucing. Teh misai kucing adalah satu teh yang guna herba yang dapat menurunkan kandungan gula dalam darah….tak disangka2 gula dalam darah mak turun mendadak akhirnya mak pengsan tak sedarkan diri sebab glukosa dalam darah mak hanya 1.2 m/mol…
Sekarang dah masuk 2 bulan tragedi tu berlaku, keadaan mak semakin baik, semakin sihat dengan berpantang dan amalkan makan ubat yang doktor bagi dan ada jugak yang alang belikan atas nasihat doktor.
Yang ni ubat yang doktor bagi, ubat kencing manis. Ubat kencing manis ada banyak jenis mengikut dos yang berbeza. Yang kat atas ni dos paling rendah sekali. Mak kena makan satu biji pagi dan petang sebab glukos dalam darah mak maintain rendah je sekarang.
Yang ni pulak set blood glucose meter khas utk cek kandungan glukosa dalam darah. Didatangkan dalam satu beg travel comel yang boleh letak kat dalam beg utk dibawa ke mana2..boleh beli kat farmasi. Harga dia boleh tahan la dalam RM200++ jugak. Bagi aku, set blood test ni perlu ada bagi seorang penghidap diabetis, sebab boleh control pemakanan kita, kalau darah rendah sangat kena cepat2 makan makanan manis cthnya madu. Kalau ada set ni, tak payahlah nak tunggu time jumpa doktor je nak cek glukose dalam darah kita kan?
Ok, dalam beg tu ada 4 barang penting yang wajib ada. Iaitu, pen pencucuk jarum, meter device, lancet device dan alcohol swab. Alcohol swab disapu sebelum dan selepas jari dicucuk untuk elakkan kuman.
Yang ni lancet device. Satu botol ade dalam 30 lancet.
Pagi tadi aku baru cucuk mak, alhamdulillah kandungan glukosa dalam darah mak pagi tadi 6.0 m/mol. Hampir normal. Gembira sangat. Ok, setiap kali cek kena tulis dalam buku, boleh tunjuk kat doktor utk minta nasihat nanti.
walaupun ubat banyak, tapi kalau xberdoa pada Allah semoga dikurniakan kesihatan berpanjangan pun tak boleh jugak...Usaha, Doa, Tawakal...InsyaAllah..sebab segala penyakit datangnya dari Allah s.w.t dan Allah jualah yang akan menyembuhkannya..insyaAllah..(^_^)
OK..xmau cerita yg sedih2 la, cerita yg hepi2 plak. Best sangat ke bangi dapat jumpa housemates yg amat dirindui, dpt spend a night sme2. Tgkap2 gambar , berborak, ketawa same2..tapi xdpt nk stay lame2 kt umah 2 sbb diorg semua kerja, nnt xde apa pulak nak buat kt rumah tu sorang-sorang. insyaAllah next time I will come again…hari tu sempatlah bergambar kat spot place yang cik nurul teringin sangat nak amek gmbar..kat Mengilham harapan Mencipta Masa depan (UKM)à kat tepi padang UKM..
Esoknya aku ke UKM, meneruskan lagi agenda menziarah sahabat2..so terus ke PMUKM sebab sejak GMUKM dah takluk PMUKM, ramai sahabat buat gerak kerja kat situ..dapat jumpa Mardhiah, Sarah, Amalina dan lain2 lagi…berbual dengan diorg sgt seronok..byk nak dikongsikan bersama…nanti kita akan jumpa lagi ok..=)..thanx sarah atas doa yang baik itu. Akan ku amalkan..insyAllah..:)
Petang tu ke rumah alang..saja2 nak jalan2 ke sana..lagi pun kak lang aku kata nak balik kg ahad ni, so boleh tumpang sekali..boleh save bajet ye x? tak sangka pulak aku datang rumah kak lang tepat pada waktunya sebab esoknya 8 oktober adalah birthday anak buah aku Nur Shifa Raihana..so kak lang decide nak hantar diorg balik kg ganti hari ahad. Boleh sambut birthday dengan atuk, wan, maktam dan paksu shifa..weee…paling menarik, kek shifa sgt comel sebab ade gambar die atas tu..hiiii shifa malu la tu!
kek yg comel + sedap!
SELAMAT HARI LAHIR NUR SHIFA YANG KE-5..SEMOGA SHIFA YANG COMEL AKAN BERTAMBAH COMEL DAN BERGAYA HENDAKNYA DAN SEMOGA SHIFA AKAN MENJADI INSAN YANG BERGUNA BUAT ISLAM DAN MAMA ABAH SHIFA..SAYANG SHIFA…












Leave a Comment