Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

~salam semua..~






Assalamualaikum..salam sejahtera..salam bercuti...

Hari ni 30hb april 2010..tamatla sudah exam untuk semua penuntut UKM..mesti gembira..hepi..sebab, sudah tamat peperangan memerah otak dan fikiran dalam dewan exam. Tadi mase pergi makan dgn ina(kawan AA) boleh tengok keceriaan kawan2 UKM, gelak tawa mereka menunjukkan mereka gembira, ceria sbb beban selama satu sem dah diluahkan semua dalam kertas exam masing2..alhamdulillah..perkara biasa bagi insane yang bergelar student, xkirala student university,pelajar sekolah menengah or rendah..malah kanak2 tadika pon rasa beban bila datangnya exm..

Bila dah tamat exam..jangan kita terus lupakan Allah.jangan terlampau enjoy, berpoya2 sangat ye kawan2...mcm mane kita cari Allah sebelum exam,semasa exam..mcm tu jugaklah kita sentiasa ingat Allah bila exam dah tamat..jangan jadi bila susah baru cari Allah, bila senang kita tinggalkan Allah...masyaAllah..betapa sedihnya Pencipta kita tu kalau kita buat Dia mcm tu..agak2 dia nak bagi kita result yg bagus x kalau kita buat mcm tu kat Dia?? Ape pendapat kawan2?

Jadi kawan2 yang amat disayangi..teruskan beribadah, jaga adab dan hati kita..jauhi maksiat..sentiasa dekat kan diri dgn MAHA ESA. Berdoalah semoga kita beroleh kejayaan utk exam tu..jgn lupa solat taubat sebelum solat hajat..berbuat baik dengan ibu bapa..time2 cuti ni la nk berbakti kat diorang..mesti mereka dgn senang hati nk doakan kejayaan untuk kita..tahu kan doa ibu bapa la yg paling makbul sekali..insyaAllah..

Semua kawan2 tengah sibuk mengemas nk mengosongkan bilik..sama jugak dgn AA. Tapi xlah semangat kwn2 tu..AA kemas mane yg patut je dulu..AA nk balik isnin pagi..maaf..pembetulan bukan nak tapi kena balik isnin pagi..(seperti yg diberitahu kat post b4 ni..ada kerja sikit..)..so..boleh tgk bilik AA bersepah macam rumah xsiap..AA xtau nk kemas mcm mane.mane yg kena tinggal, mane yg nk kemaskan..huhu..tu yg bersepah sgt2 tu..

Masa cuti nanti mesti rindu sgt dgn Kalahatibermadah(KHB)..sebab kat kg xde internet..xdapat la nk coretkan apa2 untuk KHB..sbb tu b4 balik nogoghi AA nk post byk2...time perkampungan nanti..nk kawan2 tgk betapa meriahnye perkampungan PMFST..hehe..

Selain rindu kat KHB rindu jugak dgn kawan seperjuangan merangkap sahabat2 yg dekat di hati..alia,hazierah,ika,adnin,hatika dan shazriena...mieja akan sentiasa ingat kat korang..jgn nakal2 ye time cuti nanti..xlupe jugak sahabat bawah satu fikrah..ramai sgt..xnk bgtau name at sini..takut terlepas nama sorang kecik hati masing..adik2 exco PMFST sesi 2010/1011...ramai jugak..


Nanti AA post lagi ye..posting utk perkampungan...(^_^)

~MERDEKA!!!!

Assalamualaikum...salam ceria..salam habis exam..salam release tension...(hehehehe...)

Alhamdulillah..final exam untuk student tahun 2 sains bahan bagi Armiza Aris(AA) telah tamat pada tepat jam 5.30ptg smalam (walaupon keluar dewan 30minit awal..xpe kira halal ye..)..alhamdulillah tamatla sudah sesi pembelajaran AA sebagai pelajar tahun 2 sesi 2009/2010..terasa masa pantas sgt berlalu. Macam baru semalam je AA masuk tadika..bila diimbas semula, banyak sangat3 kenangan dalam hidup ni..ada suka xkurang juga duka..tapi yg duka itulah yg menjadi tarbiyah buat diri kita..dan yg suka menjadi pelangkap dan menambahkan manis serta seri dalam hidup seorang hamba..

AA xnk cerita kisah dulu2..tapi AA nk cerita tentang semalam. Tentang kegembiraan setelah keluar dari Dewan Gemilang (Dewan peperiksaan) ptg smlm..exam kali ni mcm lain siket rasenye..exam last sem dan b4 nye xlah segembira semalam..xtahu knp..bila dah tamat mcm terlepas semua beban kat dada..mcm nk melompat je time tu.(ish..buruk je org tgk..so xjadi)..terus dapat senyum puas2..(harap2 dapatla senyum camtu bila dapat resultnye nnti..(^_^)..lepas je keluar dewan..AA dan kwn, shazriena terus je melulu ke bus stop paling dekat sekali utk tunggu rapid..(pjg umur die...die buzz ym..hiii)

Hehe...t AA update ea..ade hal dgn shazriena..;)

~(^_^)v~

ALHAMDULILLAH....Hari ni lega sangat, sebab paper untuk semua killer subjek dah tamat tadi..cuma tinggal satu paper je lagi: aplikasi komputer...(xkiller ke?..killer jugak cume takla sekiller yg lain..)..ini bermakna cuti panjang semakin hampir, makin dekat..semua student U dah kecoh nk balik rumah, nk balik kg..nk peluk cium mak ayah bila sampai rumah..lebih2 lagi yg duduk utara,pantai timur(yg jauh2..)

So mcm mane dgn Armiza Aris?...urmm....Armiza Aris cam xde perasaan je..cuti tetap cuti, cume maybe x segembira org lain yg gembira sangat tu. Feeling biasa2 je. Sebab sebelum pulang, sebelum dapat salam mak ayah, ada tugas yg perlu dilakasanakan..Ada perkampungan weekend ni. Dah selesai baru rasa lega nk pulang. Perkampungan PMFST...semakin tinggi tugas dipikul, semakin byk kerja..kalaula dapat lari dari perkampungan tu, dah lama dah buat..tapi xboleh, nanti Allah marah..mcm lari dari medan perang je. Tadi baru je baca Al-quran surah At Taubah (ayat 81)


"Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah) dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: "Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini". Katakanlah (wahai Muhammad): "Api neraka Jahannam lebih panas membakar", kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami.

Tanggungjawab yang terpikul umpama satu jihad buat kita. Tanggungjawab yang diberi adalah amanah yang paling berat. Mana mungkin insan yang bertaqwa tegar untuk lari dari tanggungjawab..(nauzubillah...jauhilah aku Ya Allah..) Jadi Armiza Aris perlulah ikhlaskan hati, tabahkan semangat..sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu..Allahuakbar!!

~Husnuzon~


Assalamualaikum....salam perjuangan...

Alhamdulillah, hari ni dengan izin Allah, dapat memperoleh ilmu yang bermanfaat...ilmu ini sudah lama dicari, byk bertanya pada yang sepatutnya..tapi kadang2 pendapat orang lain payah nk diterima, kadang2 masuk telinga kiri keluar telinga kanan..mmg perubahan kena lahir dari dalam diri, kalau nak betul-betul berubah, kena bersungguh-sungguh...pernah berusaha, tapi iman dan diri x la sekuat mana...huhu..benarlah kata seseorang, “Syaitan itu xkan menggoda pada kekuatan kita, tapi pada kelemahan kita..”...

Syukran jazilan kepada sang penyampai ilmu ini..insyaAllah kita manfaatkan bersama ye...(^_^)


Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

~CINTA~


SALAMUNALAIK~~~~

Kali ini, ana nak berkongsi satu artikel yang menarik. tentang cinta..urmm...ramai suke bercakap tentang cinta. Apatah lagi kalau ceramah tentang cinta, pasti dewan tu penuh smpai xde tempat nk duduk..kalau xde tempat nk duduk, sanggup duduk atas lantai...urm...ni menunjukkan cinta itu sememangnya indah. Indah bagi sesiapa yang pandai menjaga cinta tersebut.

Artikel di bawah ni berkisar tentang pengertian cinta menurut Al-Quran nur karim...insyaAllah..ambil pengajaran ye..(^_^)...(p/s: artikel ni dari blog penulis indonesia...harap mudah difahami...)

“Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga :

(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
(3) lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri.

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah Swt, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.

Dalam Qur’an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1. Cinta mawaddah

adalah jenis cinta mengebu-gebu & membara . Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2. Cinta rahmah

Adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya. Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur’an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim. Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.

3. Cinta mail

Adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedot seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

4. Cinta syaghaf.

Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyadari apa yang dilakukan. Al Qur’an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, istri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

5. Cinta ra’fah

Iaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak tega membangunkannya untuk salat, membelanya meskipun salah. Al Qur’an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus hukuman bagi pezina (Q/24:2).

6. Cinta shobwah

Yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur’an menyebut term ni ketika mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)

7. Cinta syauq (rindu).

Term ini bukan dari al Qur’an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur’an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa’ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.

Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi

8. Cinta kulfah.

Yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Jom Solat awal waktu

Dia datang

Followers

About Me

Foto Saya
Armiza Aris
Imannya umpama bulu ayam yang halus dan tidak kukuh
Lihat profil lengkap saya