Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

Kita hanya mampu memperolehi kurang daripada 1% Ilmu ALLAH

Assalamualaikum….

Alhamdulillah, hari baru menjelma lagi. Tiada apa yg diharapkan apabila tibanya subuh hari melainkan hari ni akan menjadi lebih baik daripada hari-hari yg lepas dan semoga perjalanan hari ni dipermudahkan segala urusan.. Aminn..

Kuliah straight dari pkol 9 pagi hingga pkol 1 petang betul2 menguji ketahanan mental kami…dengan kesejukan air cond bilik yang menggigit tulang sum sum membuatkan tiada siapa yg mampu statik di tempat duduk masing-masing. Masing-masing bergerak2 sedikit sambil memeluk tubuh berharap kesejukan tu akan berkurang. Alhamdulillah, aku kekurangan rasa sejuk itu kerana tempat dudukku berada di tgh2 rakan2 ku. Terima kasih kawan2..^_^

Kuliah LP yang ku daftar iaitu subjek Geologi Asas benar2 memuaskan hatiku, disamping mempelajari ilmu baru, aku juga dapat menyelami agungnya Maha Pencipta yang Maha Berkuasa .Untuk kuliah yang pertama hari ini lecturer yg siap berkopiah putih menceritakan bagaimana alam ini dijadikan. Dan bagaimana saintis barat memikirkan iaitu menganggarkn setiap proses pembentukkan alam semesta. Buat pengetahuan semua, ilmu sains geologi ini tidak menjalani apa2 uji kaji untuk mengkaji kehidupan di alam fana ini sama ada yg terdahulu atau sekarang. Para geologist hanya mampu mengandai dan membuat analogi masing sesuai dgn penemuan fosil-fosil di serata bumi.

Kagum dan terasa kerdilnya diri ini apabila mengetahui bagaimana terciptanya alam semesta daripada teori big bang yang sudah lama tertulis di dalam Kitab Mulia, Mukjizat Agung; Al quran iaitu pembentukkan alam semesta yang mempunyai 7 tahap.. Segala-galanya sudah termaktub di dalam al Quran.. sudah Allah menceritakan proses2 tersebut, mungkin kita hambaNYA yg jahil tidak mahu mendengar dan mengkaji.

"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah merekatiada juga beriman?" (Al Qur'an, 21:30)

"Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya." (Al Qur'an,51:47)

Kata "langit", sebagaimana dinyatakan dalam ayat ini, digunakan dibanyak tempat dalam Al Qur'an dengan makna luar angkasa dan alam semesta. Di sini sekali lagi, kata tersebut digunakan dengan erti ini. Dengan kata lain, dalam Al Qur'an dikatakan bahwa alam semesta "mengalami perluasan atau mengembang". Dan inilah yang kesimpulan yang dicapai ilmu pengetahuan masa kini.

Allah mengurniakan kta secebis ilmu daripada ilmu milikNya.mungkin xsampai 1%... Xperlu kita membanggakan diri jika kita seorg yg mempunyai byk ilmu, bijak. Kerana Allah la yang Maha Bijaksana dan ilmu-ilmu yg kita perolehi itu juga adalah nikmat yg diberi. Tetapi tetap lah belajar selagi diberi peluang. Kerna nikmat Allah adalah sgt besar. Alhamdulillah YA ALLAH…

p/s: buat roommate baruku, kak Nadia. Selamat datang ke bilik ini. Semoga selesa tinggal dgn saya yg agak pendiam ini.:)

Kawan2 yg sudah berumur 21 thn ke atas, sudah mendaftar sebagai pemilih?? Kalau belum jom daftar. Xlame lagi PR, undilah parti yg rasenye layak memegang kerajaan dan mampu meletakkan ISLAM sebagai agama tertinggi di Malaysia. Dh kate Negara ISLAM kan?

21 Disember 2010

Assalamualaikum pembuka bicara,

Semoga semua sihat belaka..^_^


 

Bismillah….Alhamdulillah syukur dgn nikmat umur yg masih diberi, masih berpeluang untuk menghembus nafas kehambaan. Semoga diri ini terus diredhai…

    Permulaan hari yang baik adalah dgn memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadratNYA atas nikmat ini. Selepas solat subuh, mengamalkan al mathurat iaitu himpunan zikir-zikir yg diamalkan oleh nabi Muhammad s.a.w..semoga sentiasa dilindungi sepanjang hari ini..INSYAALLAH…

    Kelas pertama hari ini iaitu komposit termaju dibatalkan. Batang hidung pensyarah yg mengajar subjek ini yg kami tidak tahu siapa tidak juga muncul-muncul. Setengah jam menunggu, aku serta rakan-rakan decide nk melangkah menuju ke destinasi masing-masing seterusnya.>>>>LAB TESIS---SIAPKAN TESIS<<<< Setengah jam yang kosong tadi kami penuhi dgn bertanya khabar antara satu sama lain,bercerita aktiviti semasa cuti agenda utama.. gelak ketawa kedengaran..begitulah indahnya persahabatan…J

    Aku dan adnin berjanji untuk menyiapkan sampel tesis kami untuk proses yg seterusnya; mesin tekanan panas. Mesin ini digunakan untuk membentuk shape2 sampel yg kami kehendaki. Kami ingin membentuk dumbbel shape untuk tensile testing, izod shape untuk impact testing serta disk shape untuk thermal conductivity testing. Malangnya mould iaitu acuan yag penting untuk membentuk bentuk2 tersebut HILANG!!! Daripada pelajar degree sehinggalah ke dekan (yg juga supervisor tesis ku), kami bertanyakan di manakah letaknya mould2 tersebut, semuanya kata tidak tahu..hai sudahhh…kami buat keputusan untuk mencarinya lagi esok. Mungkin ada yang sedang memegang mould2 tersebut dan tidak memulangkan semula ke tempatnya..

    Seperti biasa , pada awal2 sem sebegini, masing2 kecoh berurusan dengan lecturer masing2, terutamanya ketua program..semuanya kerana xdapat daftar subjek dan mahu menukar taraf subjek dan ada juga mahu menambah unit..Semoga Allah mempermudahkan urusan kami semua.. kat bawah ni things that I must do by this week:

  • Tukar taraf subjek kimia am I& II, Teknik Math I & II kepada taraf WF(wajib fakulti)
  • Cari mould yang hilang---kalau x, xsiaplah tesis eden..huwaaa
  • Pick up the practical letters
  • Must register LP's subject---total 4 units

Semoga Allah mempermudahkan urusan ku…tiada tempat untuk ku meminta bantuan melainkan diKau Ya Allah… amin Ya Rabb

Permulaan untuk Yang Terakhir

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh

Lamanya xupdate blog. Cuti sebulan kat rumah, xde internet, so sebulan jugak la xtengok blog, xberfikir nk cambah idea untuk taip entry blog. Sebulan jugak x chatting dgn sahabat2 yang skrg bersepah2 di serata dunia. Kalau xchat pon, tgk keadaan diorg menerusi gmbar2 yang diupload kat FB..mcm2 gelagat, seronok n terubat sikit rindu kat diorang…Alhamdulillah..

Bagi semua IPT yg dah start sesi perkuliahan pagi td, selamat kembali ke 'Lubuk Ilmu' masing-masing yer..semoga pada tahun baru ni 1433 Hijrah dapat membangkitkan semangat yang baru, memangkinkan azam dan tekad jitu untuk melakukan perubahan dari segi result sem lepas, perubahan pada diri, xnak ponteng kelas sem ni. Dan macam –macam lagi. Semoga perubahan tersebut merubah kearah yang lebih baik, jgn lagi buruk dah ler..insyallah niat yang baik tu akan diberkati Allah.Allah akan membantu hamba-hambaNya yang berusaha.

Tajuk entri kali ni mcm sedih je ek…haah..memang sedih pun..sebab Sem ni adalah sem terakhir (insyaAllah) buat diri ini dan juga semua coursemet yg dikasihi dan juga pelajar tahun akhir IPT di seluruh Malaysia..wahh dah makin berusia dah diri ini..dah 3 tahun duduk kt UKM ni, dah banyak yang di lalui, suka duka, gelak tawa, tangisan, marah, penat, rehat, enjoy, bermacam-macam perasaan dan emosi dah dirasai dalam jangka waktu 3tahun di UKM, bumi bertuah ini.

Tapi…saya ade lagi masa 8 bulan untuk tamatkan perjuangan ini..semoga sentiasa dirahmati, dan diberkati Allah..Ya Allah berkatilah diri ini bagi meneruskan perjuangan sehingga ke akhirnya, izinkan lah diri ini untuk membahagiakan kedua-dua orang tuaku…Amin Ya Rabb…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Jom Solat awal waktu

Dia datang

Followers

About Me

Foto Saya
Armiza Aris
Imannya umpama bulu ayam yang halus dan tidak kukuh
Lihat profil lengkap saya