Assalamualaikum..pada sutu ketika dahulu saya pernah ‘share’kan link suatu artikel berkenaan kuku di facebook..bukan main ramai lagi org komen…ade yg mcm xpuas hati...tapi selepas berhujah dan diberikan hadis berkenaan artikel tersebut, semuanya terus senyap..jadi xde sape2 pon nk membantah kalau Allah dah berkata2..kali ni nk poskan artikel iaitu cara Nabi s.a.w memotong kuku. Sepatutnya xboleh sembarangan je potong kuku, ikut cara nabi, sebab ada hikmah atas segala perlakuan nabi tu. Selain dapat pahala sebab ikut sunnah nabi, kita juga dapat hindari penyakit.InsyaAllah
Memotong Kuku Mengikut Turutan Yang Betul
Sebenarnya memotong kuku juga ada turutannya. Ianya dimulai pada anggota sebelah kanan hinggalah ke anggota sebelah kiri. Sekiranya hendak memotong kuku jari tangan, ianya dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan sehingga ke jari kelingking. Kemudian dari jari kelingking tangan kiri sehingga ke ibu jari. Dan akhir sekali adalah jari ibu kanan. (Sila rujuk gambar diatas untuk mudah memahami.)
Sebegitu juga dengan jari kaki. Ianya haruslah dipotong mengikut turutannya. Bermula dari jari kelingking sebelah kanan bergerak ke jari kelingking kaki sebelah kiri berturut-turut. (Sila rujuk gambar diatas untuk mudah memahami.)
Hari Yang Baik Dan Tidak Baik Untuk Memotong Kuku
Selain daripada memotong kuku mengikut turutan, memotong kuku mengikut hari-hari juga mempunyai maksud-maksud tertentu. Sama-sama kita membaca yang selebihnya ini.
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu - Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad - Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa - Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu - Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat - Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Dengan kata lain, hari yang elok memotong kuku adalah hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
Sekian saja entri kali ini. Sekadar untuk berkongsi bersama. Manalah tahu ada yang terlupa cara memotong kuku mengikut sunnah nabi ini. Sebenarnya aku sendiri sudah lupa cara memotong kuku mengikut sunnah nabi ini. Sesuka hati je potong sebelum nie. Baru hari ini tergerak kembali nak potong kembali dengan cara yang betul.
Tapi kalo nak diikutkan, nak potong cara biasa pon boleh sebenarnya. Cuma rugilah sebab tak dapat pahala. Jadi alang-alang potong, biarlah dapat bonus sekali. Hehe..
OKlah. Semoga kita semua dapat manfaat daripada entri ini. Segala yang buruk datang dari aku. Segala yang baik dari Allah S.W.T. Amin.
Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).
Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).
Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).
Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasallam) bersabda: "Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat."
Alhamdulillah..masih dikurniakan peluang untuk mendapat ilmu di pagi hari..yg agak mendung menanti turunnya hujan di bumi UKM ini..gembira sangat terjumpa artikel bawah ni..tentang pemakanan yang dianjurkan oleh saintis barat(kafir semestinya) kepada org islam yang bercanggah dan bertentangan dengan cara pemakanan yang dianjurkan oleh Nabi kita…
Bagi yang dah tahu, maka elakkan lah, ikut cara yang dianjurkan oleh Nabi kerana itu yang terbaik. Islam adalah cara hidup Islam~~~

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita?
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Artikel dari: http://www.facebook.com/note.php?note_id=144553218920795&id=100000087765244
|
__._,_.___
__,_._,___
Ya Akhawat Fil Islaam, Wahai Muslimah2@Facebook, Walau Di Mana Jua Antunna Berada..
Atas Dasar Ukhuwwah & Kasih yang Tidak Terhingga terhadap Antunna, PS Amat-amat Memohon drp Lubuk Hati yang Paling Mendalam....
'SILA DELETE KESELURUH GAMBAR2 ANTUNNA YANG MASIH TERSISA DI FACEBOOK DENGAN KADAR SEBERAPA SEGERA!'.
Terutamanya kepada Mereka yang Belum Berpurdah, Gambar-gambar Antunna di Ambang Bahaya dan boleh menjadi Asbab Fitnah yang Maha Dahsyat kepada Diri, Keluarga dan kepada Addenul Islam itu Sendiri. Bagi Memastikan Antunna Melakukannya pada SAAT DAN KETIKA INI juga, di bawah ini PS sertakan Beberapa Artikel Beserta Bukti Kukuh bagi Meyakinkan Antunna untuk men'DELETE' Gambar-Gambar tersebut Tanpa Ragu2.
[ ARTIKEL 1 ] ~ TANGAN KOTOR : MEMBOGELKAN GAMBAR MUSLIMAH DENGAN SUPER IMPOSE
Super Impose yang semakin menjadi kegilaan dunia hari ini, telah menyebabkan berlakunya beberapa kezaliman terhadap wajah wanita yang bertudung. Kesal juga, sejak kebelakangan ini, ternampak beberapa bentuk serangan media dengan menggunakan istilah-istilah lucah yang agak meluat untuk menyebutkannya di sini. Post kali ini, saya cuba menarik para pembaca untuk memahami situasi yang terjadi. Istilah-istilah kotor yang saya maksudkan di atas, cuba dikembangkan. Antara cara-cara mengembangkan otak kotor terhadap wanita muslimah, ialah dengan menggunakan SUPER IMPOSE.
Iaitu, mengambil beberapa keping gambar perempuan bertudung yang dirasakan secocok dengan gambar bogel, kemudian gambar perempuan tersebut dipotong dibahagian yang sesuai. Biasanya garisan tudung tersebut. Kemudian, di"tampal" pada tubuh mana-mana yang tidak berpakaian.
Maka, akan terhasil seorang wanita yang bertudung, tetapi tidak berpakaian. Kerja-kerja ini tidak lain adalah untuk menghina Islam, bahkan menghina wanita muslimah yang sentiasa menjaga aurat mereka. Persoalan di sini, dimanakah saluran mudah untuk mendapatkan gambar-gambar muslimah kita?
Oh ya, FACEBOOK adalah jalan paling mudah dan berkesan. Sejak kebelakangan ini, nampak seperti wanita muslimah Indonesia dan Malaysia yang menjadi mangsa! Hah.. Adakah anda sedar, entah-entah gambar saudara mara kita pula yang kena.
Lebih teruk apabila gambar tersebut dibuat animasi dengan format GIF. Animasi yang boleh ditampal dengan mudah di web-web lucah. Asalnya ia merupakan gambar kaku, tetapi apabila diubahsuai dan diset dalam format GIF, akan terhasil animasi bergerak. Antaranya AKSI-AKSI RANJANG yang agak mengaibkan untuk disebut di sini.
KESONGSANGAN SOSIAL
Hikikomori (ひきこもり or 引き籠もり) adalah satu istilah di dalam Bahasa Jepun yang memberi maksud fenomena manusia yang memilih untuk menyendiri serta menarik diri daripada kehidupan bermasyarakat. Mereka mengasingkan diri di tahap yang ekstrim disebabkan oleh pelbagai faktor yang bersifat akumulatif, berkait mungkin dengan masalah social phobia atau social anxiety. Malah mungkin juga agoraphobia, avoidant personality disorder atau sifat malu yang ekstrim lagi menyakitkan.
Hikikomori di Jepun, tidak meninggalkan rumah mereka untuk jangka masa yang panjang. Isolusi mereka berlangsung selama berbulan-bulan, bertahun-tahun malah ada yang mencecah dekad. Saya yakin, sukar untuk kita bayangkan remaja di Malaysia boleh terjebak kepada penderitaan sosial seperti benchmark Hikikomori.
Namun bagaimanakah keadaan anak-anak kita hari ini?
Hikikomori meninggalkan rumah mereka hanya apabila ada keperluan yang mendesak. Pengasingan diri yang berlaku itu menyebabkan mereka kehilangan teman, berhenti sekolah, berhenti kerja, sentiasa hidup dalam kegelisahan dan dalam banyak keadaan, memutuskan terus hubungan mereka dengan ahli keluarga terdekat.
Bibit-bibit ke arah itu semuanya jelas mewarnai perkembangan semasa remaja kita.
Bertemu dengan segelintir yang mempunyai ciri-ciri calon Hikikomori, saya seperti berdepan dengan mayat hidup.
Mereka kehilangan insight tetapi bukan schizophrenic. Pantang diberi peluang, remaja ini akan sentiasa berusaha untuk balik ke bilik, menyumbat telinga dengan Ipod, memutuskan hubungannya dengan dunia luar. Itu pengalaman biasa di kem-kem remaja kita.
Hikikomori di Jepun bukan fenomena golongan bawahan. Taraf hidup yang rendah, tidak mengizinkan ibu bapa menyuap anak-anak dengan keperluan hidup mereka secara pasif tanpa anak itu perlu keluar meninggalkan bilik dan rumah. Mereka perlu membantu ibu bapa, kemudiannya keluar bekerja dan semua itu menjadi suatu bentuk paksaan untuk Hikikomori tidak berlaku. Hikikomori adalah fenomena remaja golongan pertengahan dan elit.
Selain trauma dengan pengalaman sosial seperti menjadi mangsa kes buli yang ekstrim, Hikikomori juga boleh terjadi akibat tekanan melampau yang dikenakan ke atas remaja, terutamanya budaya KIASUISM yang menjadi-jadi menerusi sistem pendidikan, desakan pekerjaan dan dikahwinkan pula keadaan ini dengan keupayaan nafkah ibu bapa menyuap anak-anak dengan keperluan hidupnya tanpa menyedari si anak mula merangkak ke dunia Hikikomori.
Dr Tamaki Saito, pakar psikiatri berkaitan Hikikomori berpendapat, punca kepada fenomena ini berakar umbikan sejarah dan struktur sosial masyarakat Jepun.
Puisi-puisi dan muzik tradisional Jepun sering mengagung-agungkan pemencilan diri. Maka tidak hairanlah jika sehingga pertengahan kurun ke-19, Jepun sendiri telah memutuskan hubungannya dengan dunia luar selama 200 tahun.
Tetapi, ada sesuatu yang turut menarik perhatian kita. Dr. Saito menjelaskan juga bahawa fenomena Hikikomori ini banyak dialami oleh orang lelaki, terutamanya anak sulung. Ia berkait rapat dengan betuk hubungan simbiotik dan co-dependent yang unik di antara ibu dengan anak lelaki mereka di Jepun. Ibu-ibu yang keterlaluan dalam melindungi anak mereka, terutama anak sulung yang juga lelaki, mendorong kepada berlakunya keadaan luar biasa yang disebut sebagai Amae (甘え) iaituperilaku seseorang yang cuba untuk memujuk, menarik dan mendesak pihak yang berkuasa, seperti pasangannya, guru, orang tua, majikan atau penjaga untuk melindungi, membekalkan keperluan tanpa batasan kepada dirinya.
Apabila hal ini berlaku kepada si ibu, beliau sendiri tidak sedar bahawa anaknya telah ‘memperalatkan’ kasih sayangnya untuk si anak itu memutuskan hubungan dengan dunia luar, tetapi memanfaatkan bantuan si ibu untuk hidup sebagai Hikikomori di dalam dunia kecilnya yang penuh misteri.
Menakutkan.
AGAMA.
Agama bukan sahaja membekalkan jawapan kepada TUJUAN HIDUP sebagai pegangan, malah menyediakan mekanisme berupa konsep dan ritual yang tidak mengizinkan fenomena Hikikomori berlaku.
Solat berjemaah.
Solat Jumaat.
Malah bercampur gaul dengan orang ramai tidak dibiarkan sebagai pilihan, sebaliknya diangkat menjadi urusan agama yang mesti dilunaskan.
Hadith Ibn Umar Radhiyallahu ‘anhuma, “Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada seorang mukin yang tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu” (Al-Tirmidhi 2507, Ibn Majah 4032)
Begitu juga, perbuatan mengasingkan diri dianggap sebagai menyerahkan diri untuk dimangsakan oleh Syaitan pada menyesatkan kehidupan manusia.
Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala bagi manusia seperti serigala terhadap kambing. Ia menyerang kambing yang jauh dan memencilkan diri. Maka hindarkanlah dirimu daripada hidup jauh berjauhan, dan hendaklah kamu berjemaah, bersama orang ramai dan melazimkan diri dengan masjid” [Hadith riwayat Ahmad]
Justeru itu berhati-hatilah wahai ibu bapa.
Kegagalan kita untuk berinteraksi secara efektif dengan anak-anak, membebankan mereka dengan harapan-harapan yang lebih kepada menebus keinginan peribadi kita, kemewahan harta yang dilimpahkan untuk mereka, dan hidup beragama yang semakin dilupa, bisa berakhir dengan kita kehilangan mereka.
Anak-anak itu berada di bilik masing-masing di rumah kita.
Namun dengan Hikikomori, kita kehilangan mereka.
Pada tahun 1998, Joseph Cohen seorang Yahudi Ortodoks kelahiran AS hijrah ke Israel kerana keyakinannya yang sangat kuat pada ajaran Yudaisme. Ia kemudian tinggal di pemukiman Yahudi Gush Qatif di Gaza (Israel mundur dari wilayah Jalur Gaza pada tahun 2005).
Cohen tak pernah menyangka bahawa perpindahannya ke Israel akan membawanya kepada cahaya Islam. Setelah tiga tahun menetap di Gaza, Cohen memutuskan untuk menjadi seorang Muslim setelah ia bertemu dengan seorang syeikh asal Uni Emirat Arab dan berdiskusi tentang teologi dengan syeikh tersebut melalui internet. Setelah memeluk Islam, Cohen mengganti namanya dengan nama Islam Yousef al-Khattab.
Tidak lama setelah ia mengucapkan syahadat, isteri dan empat anak Yousef mengikuti jejaknya menjadi Muslim. Sekarang, Yousef al-Khattab aktif berdakwah di kalangan orang-orang Yahudi, meskipun ia sendiri tidak diterima lagi oleh keluarganya yang tidak suka melihatnya masuk Islam.
"Saya sudah tidak lagi berhubungan dengan keluarga saya. Kita tidak boleh memutuskan hubungan kekeluargaan, tapi pihak keluarga saya adalah Yahudi dengan identiti ke-Yahudi-annya. Kami tidak punya pilihan lain, selain memutuskan hubungan untuk saat ini. Kata-kata terakhir yang mereka lontarkan pada saya, mereka menuduh saya barbar," kata Yousef tentang hubungan dengan keluarganya sekarang.
Ia mengakui, berdakwah tentang Islam di kalangan orang-orang Yahudi bukan pekerjaan yang mudah. Menurutnya, yang pertama kali harus dilakukan dalam mengenalkan Islam adalah, bahwa hanya ada satu manhaj dalam Islam yaitu manhaj yang dibawa oleh Rasululullah saw yang kemudian diteruskan oleh para sahabat-sahabat dan penerusnya hingga sekarang.
"Cara yang paling baik untuk membuktikan bahawa Islam adalah agama untuk semua umat manusia adalah dengan memberikan penjelasan berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan yang membezakan antara umat manusia adalah ketaqwaannya pada Allah semata," ujar Yousef.
"Islam bukan agama yang rasis. Kita punya bukti-bukti yang sangat kuat, firman Allah dan perkataan Rasulullah saw. Kita berjuang bukan untuk membenci kaum kafir. Kita berjuang hanya demi Allah semata, untuk melawan mereka yang ingin membunuh kita, yang menjajah tanah air kita, yang menyebarkan kemungkaran dan menyebarkan ideologi Barat di negara kita, misalnya ideologi demokrasi," sambung Yousef.
Ia mengatakan bahawa dasar ajaran agama Yahudi sangat berbeza dengan Islam. Perbezaan utamanya dalam masalah tauhid. Agama Yahudi, kata Yousef percaya pada perantara dan perantara mereka adalah para rabbi. Orang-orang Yahudi berdoa melalui perantaraan rabbi-rabbi mereka.
"Yudaisme adalah kepercayaan yang beeteraskan pada manusia. Berbeza dengan Islam, agama yang berteras pada al-Quran dan Sunnah. Dan keyakinan pada Islam tidak akan pernah berubah, di semua masjid di seluruh dunia, al-Quran yang kita dengarkan adalah al-Quran yang sama," ujar Yousef.
Lebih lanjut ia mengatakan bahawa Yahudisme di sisi lain berpandukan kepada "tradisi oral" misalnya kitab Talmud yang disusun berdasarkan informasi dari mulut ke mulut yang kemudian dibukukan. Para rabbi sendiri, kata Yousef mengakui, banyak hal yang sudah orang lupa sehingga kesahihan kitab tersebut boleh dipersoalkan.
Yousef mengungkapkan, kitab Taurat yang diyakini kaum Yahudi sekarang memiliki sebelas versi yang berbeza dan naskah-naskah Taurat itu bukan lagi naskah asli. "Alhamdulillah, Allah memberikan rahmat pada kita semua dengan agama yang mudah, di mana banyak orang yang boleh menghafaz al-Quran dari generasi ke generasi. Allah memberkati kita semua dengan al-Quran," tegas Yousef. Meski demikian, ia meyakini dialog adalah cara terbaik dalam berdakwah terutama di kalangan Yahudi.
Ditanya tentang kelompok-kelompok Yahudi yang mengaku anti-Zionis. Yousef menjawab bahawa secara peribadi mahupun dari sisi keagamaan, ia tidak percaya dengan Yahudi-Yahudi yang mengaku anti-Zionis. "Dari sejarahnya saja, mereka adalah orang-orang yang selalu melanggar kesepakatan. Mereka membunuh para nabi, oleh sebab itu saya tidak pernah percaya pada mereka, meski Islam selalu menunjukkan sikap yang baik kepada mereka," katanya.
Yousef menegaskan bahwa pernyataannya itu bukan untuk membela orang-orang Palestin ataupun atas nama sebagai seorang Muslim. Pernyataan itu merupakan pendapat peribadinya. "Allah Maha Tahu," tegasnya.
Sebagai orang yang pernah tinggal di pemukiman Yahudi di wilayah Palestin, Yousef mengakui adanya diskriminasi yang dilakukan pemerintah Israel terhadap Muslim Palestin. Yousef sendiri pernah dipukul oleh tentera-tentera Israel meskipun tidak seburuk perlakuan tentera-tentera Zionis itu pada warga Palestin.
"Saya masih beruntung, penderitaan yang saya alami tidak seberat penderitaan saudara-saudara kita di Afghanistan yang berada dibawah penjajahan AS atau saudara-saudara kita yang berada di kem penjara AS di Kuba (Guantanamo)," tambahnya dengan rasa syukur.
Allah memberikan hidayah pada umatnya, kadang dengan cara yang tak terduga. Seperti yang dialami Cohen atau Yousef yang memeluk Islam setelah berpindah ke wilayah pendudukan Israel di Gaza.
sumber:(ln/readingislam)
Masa yang paling disukai adalah masa berehat-rehat..melepaskan segala tension+tekanan yang ada..
Masa yang paling dinanti adalah masa bergembira..bersantai…melihat pemandangan ciptaan Allah yang indah..
Assalamualaikum semua…tajuk kali ini kelihatan agak santai ye…(bukan semua tajuk Nampak santai ke? Hehe..mungkin ‘rehlah’ tu yang nmpak santai kot..hihi)
Hujung minggu yang lepas, aku dan juga sahabat2 telah mengikuti rombongan(mcm kanak2 sekolah rendah pulak g rombongan) ke Cameron highland…
Di bawah adalah dialog pembaca kepada penulis :P
CAMERON HIGHLAND je ke??? Tu pun nak kecoh…hihi
Bukan apa..sbb xpernah pergi sana la aku nk kecoh sgt ni..hehehe
Sebab apa excited sgt nk pergi???
Sebab pagi jumaat tu baru lepas hantar tesis bab 1,2,3…tu yg nk keluar UKM, nk pergi tempat yg langsung xnmpak org tgk buku or nota..(study la tu)
Macam mana keadaan kat sana?? Sehat x org sana??
Urm..tgk org kat situ sihat je..xla nmpak terbaring je..keadaan kat sana sangat mendamaikan, indah, permai, jauh dari hiruk pikuk kota dan paling penting tak nampak langsung org baca buku or nota(study)..
Cuaca sgt2 cerah seumpama meraikan kedatangan hamba Allah ini ke kota tinggi tersebut..xpanas dan xsejuk..kecuali waktu pagi dan malam, sejuk umpama berada dalam peti ais..hanya Allah sahaja yang tahu.
Melihatkan kecantikan alam ciptaan tuhan, mulut sentiasa xlepas dari terkumat kamit mengucapkan pujian yang tidak terhingga melihat panorama, fauna di sana. Tiada satu makhluk pun mampu menciptakan keindahan sebegitu rupa, jauh dari keadaan hipokrit yang dibuat-buat. Ciptaan Allah tiada bandingan, keadaan semulajadi itu yang terus mendamaikan hati, mengagungkan kudrat Yang Maha Esa yang telah menciptakan kejadian itu. Sungguh beruntung aku tatkala itu kerana diberi kesempatan untuk menghirup udara yang segar dan melihat panorama di sana. Tertunduk kerdil aku sebagai seorang hamba yang sentiasa alpa dengan Sang Pencipta.
Teringat aku pada keadaan di syurga..keindahan yang ada pada dunia ini hanyalah secebis keindahan berbanding di syurga. Masyaallah…xdapat aku bayangkan..
“Sesungguhnya Allah memasukkan orang – orang yang beriman dan mengerjakan amal shalih kedalam Surga – Surga yang dibawahnya mengalir ssungai – sungai. Di Surga itu mereka di beri perhiasan dengan gelang – gelang dari emas dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera.” ( QS. Al-Hajj no. 23 )
“Sesungguhnya orang – orang yang bertaqwa itu didalam taman – taman dan di sungai – sungai, ditempat yang disenangi di sisi (Rabb) Yang Maha Perkasa.” ( QS. Al-Qomar : 54-55)
Dari sahabat Abu Hurairah, ia berkata, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya orang yang pertama kali masuk Surga dalam keadaan bagaikan bulan dimalam purnama. Orang yang masuk setelah mereka bagaikan bintang yang sangat terang di langit yang cerah. Mereka tidak buang air besar, tidak beringus, dan tidak meludah. Sisir mereka terbuat dari emas. Keringat mereka adalah minyak kesturi. Tempat Bukhur (pewangi ruangan dan tubuh) mereka adalah batang kayu gaharu. Isteri -isteri mereka semuanya para bidadari. Bentuk tubuh bapak mereka, Adam; tingginya enam puluh hasta di langit.” (Muttafaq “alaih,{al-Bukhari no. 3327 dan Muslim no.2834})
Tidak cukup lagi kah perkhabaran dari Allah dan RasulNya tentang keadaan di syurga? Mari tinggalkan segala perkara yg mendatangkan kemungkaran Allah, jom lakukan segala suruhan Allah..insyaAllah balasan syurga yang kita akan dapat..
Wallahualam..(^_^)








Leave a Comment