Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

~Asiyah pemaisuri FIRAUN~

PERMAISURI Asiyah ialah isteri kepada Firaun. Beliau dikahwini oleh Firaun sejak kecil lagi, iaitu ketika berusia 12 tahun. Ketika Firaun sedang hebat melancarkan pembunuhan anak lelaki Bani Israel beramai-ramai, permaisuri Asiyahlah yang menyambut Nabi Musa ketika dihanyutkan di Sungai Nil dan menahan niat Firaun untuk membunuh baginda.

Nabi Musa diambil sebagai anak angkat oleh permaisuri Asiyah dan Firaun sendiri. Permaisuri Asiyah telah menerima ajaran Nabi Musa dan beriman kepada Allah SWT. Akan tetapi permaisuri Asiyah menyembunyikan keimanannya daripada pengetahuan suaminya Firaun.

Lama kelamaan, Firaun mengetahui juga bahawa permaisurinya telah menerima ajaran Nabi Musa dan beriman kepada Allah SWT. Firaun menjadi murka terhadap Permaisuri Asiyah.
Lalu Firaun pun pergi menemui ibu Permaisuri Asiyah dan menceritakan bahawa isterinya itu telah menderhakainya. Mendengar akan berita itu, ibu Permaisuri Asiyah datang menemuinya,

"Wahai anakku, ikut sahajalah kehendak Firaun itu," kata ibunya.

"Aku tidak akan sekali-kali kufur terhadap Allah SWT," jawab Permaisuri Asiyah.

Permaisuri Asiyah tetap dengan keputusannya iaitu mahu beriman kepada Allah SWT. Pujukan ibunya itu tidak berhasil. Firaun sangat marah, lalu diperintahkan para pegawainya menyalib Permaisuri Asiyah di tengah-tengah kota Misra. Firaun mahu penduduknya melihat bahawa dia sanggup menghukum sesiapa sahaja yang menderhakainya walaupun permaisurinya sendiri.

Permaisuri Asiyah digantung di atas palang dengan dipaku tangan dan kakinya. Alangkah terseksanya Permaisuri Asiyah ketika itu, namun Permaisuri Asiyah tetap bersabar dan tetap dengan pendiriannya mahu beriman kepada Allah SWT.

Firaun tidak boleh menahan sabar, lalu diperintahkan para pegawainya menambahkan seksaan ke atas Permaisuri Asiyah. Permaisuri Asiyah dipaksa memakan roti barli yang masin dan dikoyakkan kulit kakinya.

Nabi Musa juga menyaksikan penderitaan yang ditanggung oleh Permaisuri Asiyah, lalu Nabi Musa berdoa kepada Allah SWT agar Permaisuri Asiyah diberi rahmat oleh-Nya. Allah SWT telah memakbulkan doa Nabi Musa dengan mengarak awan agar melindungi Permaisuri Asiyah daripada panas matahari.

Dalam kezaliman Firaun, permaisuri Asiyah berdoa: "Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah disisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku daripada kaum yang sangat zalim." Demikianlah doa yang hebat daripada seorang wanita bergelar permaisuri. Biarpun beliau mampu untuk kembali kepada agama Firaun dan menikmati kemewahan di istana, beliau menganggap bahawa kemewahan itu bersifat rapuh dan hanya untuk sementara. Cintanya kepada Allah jauh lebih kuat serta memohon syurga di sisi Tuhan Yang Maha Kekal.

Permaisuri Asiyah diseksa oleh Firaun sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir. Firaun telah memerintahkan para pengawalnya supaya melontarkan sebiji batu yang besar bagi mengakhiri hidup permaisuri Asiyah. Akan tetapi, Allah SWT telah mencabut roh permaisuri Asiyah sebelum batu itu mengenainya.

TERUS BOIKOT BARANGAN YAHUDI



Salah satu hasil seni di dalam pameran seni di SEPANYOL..seni ini diiktiraf sebagai hasil seni terbaik....teruskan memboikot barangan yahudi!!!! kerna agama kita dihina lagi! ALLAHUAKBAR!!!

~Sifat Penuntut Ilmu Yang Berjaya~


* Dia memiliki kemahuan yang kuat yang tidak mengenal lelah, keinginan yang besar untuk berhasil, semangat yang besar dalam menuntut ilmu dan berusaha sedaya upaya meraih faedah yang banyak.

* Dia mengetahui buah daripada ilmu yang bermanfaat, kedudukan yang terpuji dan akhir yang mulia

* Melangkah dengan bertahap dalam menuntut ilmu, sedikit demi sedikit, satu hadis demi satu hadis dan satu bab demi satu bab.

* Mulai dari yang terpenting dan mendahulukan ushul masalah atau dasar-dasar suatu masalah sebelum menuju cabangnya.

* Sebaik-baik waktu menghafal adalah di pagi hari dan sebaik-baik menuntut ilmu adalah di masa muda.

* Membuat pengkhususan dan mengenal suatu seni dan focus terhadapnya untuk menumbuhkan bakat dalam diri.

* Menuntut ilmu tidak dengan satu cara, ia melalui cara yang bermacam-macam seperti melalui penerangan dari guru, membaca buku, mendengarkan pelajaran, menelaah suatu kejadian dan mengulang pelajaran,

* Sentiasa mengulang pelajaran dengan memantapkan apa yang telah diketahui, menganalisis suatu masalah dan memperdalam ilmu pengetahuan.

* Mengambil berat akan kreatifiti dan kemampuan untuk mengembangkan diri, melenyapkan sikap taqlid dan mengada-ngada.

* Mengetahui ilmu-ilmu lainnya untuk memperluas alam pemikiran dengan tidak berpanjang-panjang dan memperhatikan perkembangan zaman.


* Mengambil berat atas catatan ilmu, mempelajarinya dan mengulangnya setiap waktu.


* Mengamalkan ilmu syarak yang bermanfaat kerana ia adalah modal utama dalam kejayaan.


(Petikan dari Menyingkap Rahsia Kejayaan karya Dr Aidh Abdullah Al-Qarni terbitan Perniagaan Jahabersa)

~TEORI BIG BANG~


MERUNGKAI TEORI BIG BANG

Pada tahun 1929, di Observatorium Mount Wilson California, ahli astronomi Amerika, Edwin Hubble membuat salah satu penemuan terbesar di sepanjang sejarah astronomi. Ketika mengamati bintang-bintang dengan teleskop raksasa, beliau menemukan bahwa mereka memancarkan cahaya merah sesuai dengan jaraknya. Hal ini bererti bahwa bintang-bintang ini "bergerak menjauhi" kita.

Menurut hukum fizik yang diketahui, spektrum dari sumber cahaya yang sedang bergerak mendekati pengamat cenderung ke warna ungu, sedangkan yang menjauhi pengamat cenderung ke warna merah. Selama pengamatan oleh Hubble, cahaya dari bintang-bintang cenderung ke warna merah. Ini bererti bahawa bintang-bintang ini terus-menerus bergerak menjauhi kita.

Sebelum itu, Hubble telah membuat penemuan penting lain seperti bintang dan galaksi bergerak tidak hanya menjauhi kita, tapi juga menjauhi satu sama lain atau ianya terus-menerus "mengembang". Sebagai perumpamaan, bayangkan alam semesta sebagai permukaan belon yang sedang mengembang.

Sebagaimana titik-titik di permukaan balon yang bergerak menjauhi satu sama lain ketika belon membesar, benda-benda di ruang angkasa juga bergerak menjauhi satu sama lain ketika alam semesta terus mengembang.Apa erti dari mengembangnya alam semesta? Mengembangnya alam semesta bererti bahwa jika alam semesta dapat bergerak mundur ke masa lampau, maka ia akan terbukti berasal dari satu titik tunggal.

Ledakan raksasa yang menandai permulaan alam semesta ini dinamakan 'Big Bang'. Ilmu pengetahuan dapat mendefinisikan konsep 'ketiadaan', yang berada di luar batas pemahaman manusia, hanya dengan menyatakannya sebagai 'titik bervolume nol'. Sebenarnya, 'sebuah titik tak bervolume' berarti 'ketiadaan'.

Demikianlah alam semesta muncul menjadi ada dari ketiadaan. Dengan kata lain, ia telah diciptakan. Fakta bahwa alam ini diciptakan, yang baru ditemukan fizik moden pada abad 20, telah dinyatakan dalam Alqur'an 14 abad lampau: "Dia Pencipta langit dan bumi" (QS. Al-An'aam, 6: 101)

Teori Big Bang menunjukkan bahwa semua benda di alam semesta pada awalnya adalah satu , dan kemudian terpisah-pisah. Ini diertikan bahawa keseluruhan alam diciptakan melalui Big Bang atau ledakan raksasa dari satu titik tunggal, dan membentuk alam semesta kini dengan cara pemisahan satu dari yang lain.

.

Bukti teori Big Bang

Pada tahun 1948, Gerge Gamov muncul dengan gagasan lain tentang Big Bang. Ia mengatakan bahwa setelah pembentukan alam semesta melalui ledakan raksasa, sisa radiasi yang ditinggalkan oleh ledakan ini haruslah ada di alam. Selain itu, radiasi ini haruslah tersebar di segenap penjuru alam semesta.

Bukti ini pada akhirnya diketemukan pada tahun 1965. Dua peneliti bernama Arno Penziaz dan Robert Wilson menemukan gelombang ini tanpa sengaja. Radiasi ini, tidak terlihat memancar dari satu sumber tertentu, akan tetapi meliputi keseluruhan ruang angkasa. Demikianlah, diketahui bahwa radiasi ini adalah sisa radiasi peninggalan dari tahapan awal peristiwa Big Bang.

Pada tahun 1989, NASA mengirimkan satelit Cosmic Background Explorer. COBE ke ruang angkasa untuk melakukan penelitian tentang radiasi latar kosmis. Hanya 8 minit diperlukan bagi COBE untuk membuktikan perhitungan Penziaz dan Wilson. COBE telah menemukan sisa ledakan raksasa yang telah terjadi di awal pembentukan alam semesta.

Bukti penting lain bagi Big Bang adalah jumlah hidrogen dan helium di ruang angkasa. Pada 1965, Radioastronomers Arno Penzias dan Robert Wilson menemui -270.425 darjah Celcius © radiasi Cosmic Microwave Background (CMB) yang merebak kepada alam semesta. Ini mungkin sisa yang dicari-cari oleh saintis. Jika alam semesta tak memiliki permulaan dan jika ia telah ada sejak dulu kala, maka unsur hidrogen ini seharusnya telah habis sama sekali dan berubah menjadi helium

Galaksi kelihatan seperti bergerak jauh daripada kita pada kelajuan mengikut jarak. Ini dinamakan Hukum Hubble yang dinamakan selepas Edwin Hubble (1889-1953) yang menemui fenomena berkenaan pada 1929.Pemerhatian berkenaan menyokong pembesaran alam semesta dan mencadangkan bahawa satu masa dulu alam semesta adalah padat. Adakah teori Big Bang yang standard adalah model konsisten dengan bukti berkenaan? Tidak, ia hanyalah teori yang popular. Ahli astrofizik terkenal George F. R. Ellis menerangkan, manusia perlu sedar terdapat beberapa model yang boleh menerangkan mengenai pemerhatian berkenaan. Dalam pada itu, beberapa tokoh turut tidak ketinggalan dalam mengkaji teori ini termasuk pemenang anugerah Hadiah Nobel Dr. Hannes Alfvén, Profesor Geoffrey Burbidge, Dr. Halton Arp dan juga angkasawan British, Sir Fred Hoyle. Georges Lemaître pula mencadangkan teori yang menceritakan asal usul semesta itu sebagai Teori Big Bang. Bagaimanapun, ia masih tetap berpegang kepada Teori Relativiti Einstein tersebut. Namun Hoyle dinyatakan sebagai orang yang mencipta istilah Big Bang pada 1949.

~mohon kekuatan~

salam perjuangan sahabat2...
minggu ini merupakan minggu yang agak bz bagi student2. sebab mid sem exm sedang berlangsung. termasuklah aku, bertambah lagi bz dgn urusan PMFST dan program yang sedang aku ikuti.
betul lah kata org, semakin dekat kita dgn Maha Pencipta, semakin kita sedar akan segala kekurangan dan kelemahan yang ada dalam diri kita...
semakin kita mengetahui dan sedar akan kekurangan itu, kita akan berusaha bersungguh2, untuk mengatasinya...sesungguhnya benar, setiap manusia ada kekurangan, tetapi tanggungjawab manusia itu sendiri untuk mengatasinya..bukan untuk menjadi perfect, tapi untuk menjadi lebih baik dan mengurangkan kekurangan dalam diri. kerna kita tahu, tiada yang sempurna melainkan Allah s.w.t..
begitu juga aku..hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbuku di kalbu ku...tidak ada yang lain, semoga diizinkan hambaMu ini untuk merasai segala getir,cabaran,onak duri dalam memperjuangkan agamaMu Ya Allah..berikanlah aku kekuatan itu...aku berharap sgt aku dapat tempuhi saat2 getir itu dalam usaha diri menjadi seorg mujahidah...aku berdoa dan terus berdoa..semiga diizinkan untuk bersama2 dengan para mujahidah dan mujahid yang lain dalam memartabatkan agama Allah di muka bumi usang ini...amiinnnn
adakah cukup hanya sekadar menyebarkan ilmu di internet? ya,itu juga adalah usaha..bagaimana dgn praktikalnya? bukankah Allah telah menjanjikan bahawa, dunia ini adalah neraka bagi mukmin yang memperjuangkan agama Allah, dan syurga bagi hamba2 yang menjatuhkan agama Allah...tetapi ingatlah, di kahirat kelak, pra mujahid, mujhidah akan merasai kemanisan atas segala usaha mereka, pahit getir di dunia ketika memperjuangkan agama Allah..subhanallah...Allah akan membantu hambaNYa yang membantu agama Allah...insyaAllah...
sahabat2 pernah dengar tak lagu sunnah orang berjuang dari Hijjaz? lagu itu lah mendidik diri ini bagaimana perasaan dan hidup org yang sentiasa berjuang demi Islam..agama tercinta..
wallahualam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Jom Solat awal waktu

Dia datang

Followers

About Me

Foto Saya
Armiza Aris
Imannya umpama bulu ayam yang halus dan tidak kukuh
Lihat profil lengkap saya