Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

~Renungan Kaum Hawa~


Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa,Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa ,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa ,Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

~INGIN MENJADI CANTIK?~

-Jadikanlah "Ghadhdul Bashar" (menundukkan pandangan) sebagai hiasan mata anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

-Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

-Gunakanlah pemerah pipi anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa "malu" yang dibuat dari "salun Keimanan".

-Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

-Rawatlah rambut anda dengan "selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang berbahaya
-Hiasilah kedua tangan anda dengan "gelang Tawadhu" dan jari-jari anda dengan "cincin Ukhuwah".

-Sebaik-baiknya kalung anda adalah “kalung kesucian".

-Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Renungkanlah wahai muslimah sekalian...

~GERHANA MATAHARI SATU PERINGATAN~


Assalamualaikum sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian..post kali ini saya ingin berkongsi satu petikan khutbah jumaat yang dihantar oleh seorg sahabat melalui emel..sama2lah kita renungkan dan hayati..insyaAllah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

GERHANA MATAHARI SATU PERINGATAN

(15 JANUARI 2009 / 29 MUHARRAM 1431H)

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Saya menyeru dan berpesan kepada diri saya sendiri dan juga sidang Jemaah sekalian, agar kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat. Sempena kejadian gerhana matahari pada petang ini, mimbar akan membicarakan tajuk: Gerhana Matahari Satu Peringatan .

Muslimin Muslimat Yang Dimuliakan,

Sesungguhnya kejadian gerhana bulan dan matahari adalah dua tanda yang membuktikan bekesaran, keluasan, kehebatan ciptaan, dan kasih sayang Allah SWT kepada umat manusia. Dua minggu lalu kita menyaksikan kebesaran Allah SWT melalui kejadian gerhana bulan. Hari ini, kita sekali lagi berpeluang menyaksikan pula kejadian gerhana matahari yang jatuh pada hari Jumaat di bulan Muharram 1431.

Dengan mengamati kehebatan dan kesempurnaan sistem perjalanan bulan dan matahari ini, maka akan semakin tinggi ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Walaupun ada di kalangan sesetengah pihak mengatakan kejadian ini sebagai fenomena astronomi dan sifat alam semulajadi, tetapi Islam mengajar umatnya agar menjadikan kejadian yang jarang-jarang berlaku ini sebagai peluang meyingkap tanda keagungan dan kebesaran Allah SWT.

Allah SWT telah banyak menyebut tentang kebesaran dan kekuasaan-Nya ke atas kejadian langit, bumi dan apa juga yang ada di antara kedua-duanya. Tidak ada satu zarah pun dari alam cakerawala ini yang terlepas dari pengawasan Allah termasuk matahari. Tabiat matahari yang beredar di atas paksinya adalah bukti kepatuhan makhluk ini kepada ketentuan Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah Yaasin ayat 38-40:

Maksudnya: “Dan matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.”

Menginsafi betapa kehebatan kejadian di alam ini, maka Islam menganjurkan umatnya mendirikan solat khusus sempena kejadian gerhana matahari. Hakikatnya, kejadian ini memberi banyak pengajaran khususnya dalam mengukuhkan hubungan kita dengan Allah SWT.

Muslimin Muslimat Yang Dimuliakan,

Gerhana matahari yang berlaku adalah perintah Allah untuk mengingatkan manusia supaya bertaubat, memohon ampun dan sentiasa membesarkannya. Perbuatan ini adalah sunat muakkad kerana Rasulullah SAW pernah melakukannya ketika berlaku gerhana matahari. Apabila terjadinya gerhana matahari, baginda SAW bergegas ke masjid menyeru kaum muslimin untuk bersama solat gerhana matahari. Selesai daripada solat, baginda SAW naik ke mimbar menyampaikan khutbah yang mengandungi nasihat yang sangat penting. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a:

Mafhumnya:Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya bertakbirlah, berdoalah kepada Allah, bersolatlah dan bersedekahlah. Wahai umat Muhammad, tidak ada yang lebih cemburu (marah) mengatasi kemarahan Allah atas perbuatan zina di kalangan hamba-Nya sama ada lelaki atau perempuan. Wahai Umat Muhammad, demi Allah, jika kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis”. (Hadith riwayat Muslim)

Antara intisari nasihat baginda ini ialah pertama, meningkatkan keimanan dan ketaqwaan serta berserah diri hanya kepada Allah; kedua, banyak merenung rahsia ciptaan Allah supaya memperoleh rasa cinta yang tinggi; ketiga, berwaspada menghadapi fitnah zina; dan keempat, kemuncak taqwa ialah kurangkan keseronokan dan banyakkan keinsafan.

Muslimin Muslimat Yang Dimuliakan,

Perlu kita insafi bahawa sekalipun matahari adalah makhluk Allah yang hebat dan tidak pernah derhaka kepada Allah, namun ia tidak terlepas daripada ujian dan dugaan Allah. Justeru, tidak hairan manusia yang merupakan makhluk kerdil ini pun ditimpa pelbagai kesulitan dan kepayahan; lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang menderhakai Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah al-Mu’min ayat 58:

Maksudnya: Dan sememanganya tidaklah sama orang yang buta dan orang yang celik, dan juga tidaklah sama orang yang beriman serta beramal salih dengan orang yang melakukan kejahatan. Sedikit sangat kamu beringat dan insaf.”

Ayat tadi mengingatkan bahawa seseorang itu tidak akan ditimpa mudarat kecuali pada dua perkara. Pertama, mereka enggan atau lalai mengingati kebesaran Allah SWT; dan kedua, mereka ingkar mematuhi perintah dan tegahan Allah SWT. Ingatlah, golongan yang lalai daripada mengingati Allah adalah golongan yang rugi sepanjang hidup dan tertutup pintu ke syurga. Manakala golongan yang ingkar perintah Allah adalah golongan yang melakukan maksiat dan terbuka untuknya pintu ke neraka.

Mengakhiri khutbah ini, mimbar sekali lagi menegaskan bahawa kejadian gerhana matahari ini memberi iktibar kepada kita beberapa perkara iaitu:

(1) Menambah keyakinan kita bahawa sekalian makhluk adalah di bawah penguasaan Allah.

(2) Menunjukkan bahawa kita sentiasa terdedah kepada cubaan dan dugaan Allah.

(3) Memperlihatkan bayangan peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat kelak, dan

(4) Kedatangan azab Allah bukan sahaja terkena kepada yang berdosa, malah kepada mereka yang salih.

(5) Berdoa sewaktu melihat kebesaran Allah adalah amalan golongan solihin.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menghidupkan sunnah Rasulullah SAW kerana ia adalah jalan yang membawa kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Semoga dengan itu kita lebih bertaqwa dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT.

Maksudnya: Dan tiada yang menghalang Kami dari menghantar turun mukjizat yang mereka minta itu melainkan telah didustakan oleh kaum-kaum yang telah lalu; dan Kami telah berikan kepada kaum Thamud unta betina sebagai mukjizat yang nyata, lalu mereka berlaku zalim kepadanya; dan biasanya Kami tidak menurunkan tanda-tanda itu melainkan untuk menjadi amaran.”. (Sural al-Israa’: 59)

Khutbah Kedua

Maksudnya:Ia bertanya (secara mengejek): Bilakah datangnya hari kiamat itu? Maka (hari kiamat akan datang) apabila pandangan menjadi berpendar-pendar (kerana gerun takut). Dan bulan hilang cahayanya. Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama. Maka pada hari itu, berkatalah manusia: Ke manakah hendak melarikan diri? Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! Pada hari itu, kepada Tuhanmulah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.”

~Always Be There-Maher Zain~


Allahu Akbar…

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

~9 SITI~


Assalamualaikum..pada kali ini saya ingin menulis post yang berkat rapat dengan wanita.."9 siti"..siti-siti di bawah merupakan beberapa orang wanita yang bergelar mujahidah sejati yang patut dicontohi oleh segenap wanita di seluruh muka bumi ini..bersamalah kita bersama renung dan hayati perjalanan hidup mereka, dan meneladani kisah hidup mereka..insyaAllah kita akan sentiasa diredhai Allah..
1) Siti Khadijah - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam - Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

~Menanti DOA bersambut~


Sekarang, sudah banyak majalah-majalah yang berkonsepkan Islam di pasaran.. ada majalah Nur, Aniqah, Anis, Al-Islam, i-Islam, Solusi..tapi tak kurang juga hebatnya dengan lambakan majalah hiburan di pasaran yang mengagung-agungkan artis, dan tak lekang dengan gosip-gosip panas. Terpulang kepada individu itu sendiri untuk memilih yang mana terbaik untuk diri masing-masing. Jika lapar, perut akan berbunyi...tapi jika yang laparnya adalah hati? Bagaimana ya? Jika hati ada suara, pasti ia akan menjerit minta dikenyangkan..renung-renungkan & sama-sama kita tarbiah our rohani. Ada monolog yang ingin saya kongsikan bersama kalian...mungkin ia nukilan penulis dalam ruangan majalah ini, Nurul Iman.

Jom kita bangunkan hati yang tidur dan aktifkan iman yang lesu.


Menanti Doa Bersambut

Mengapa permintaanku masih belum diperkenankanNya? Doa bagaikan tidak bersambut…rintihan dan munajat bagai tidak kesampaian.

Kerana Dia masih mahu terus mendengar rayuan dan rintihanmu.


Tapi sampai bila?

Sampai engkau terima, bahawa apa yang diinginkan oleh Tuhan itulah yang terbaik untukmu. t;


Tapi bukankah aku layak untuk berdoa, dan bukankah Tuhan suka hamba-hambaNya berdoa?

Ya, tapi berdoa dengan hati yang merendah, yang tahu diri maha hina dan lemah. Kerana yang kuat, yang mampu hanya Dia. Maka padanya kita meminta…bukan doa seorang tuan. Ibarat seorang pesuruh istana, tanpa adab sopan, menerjah ke ruang istana, meminta-minta pada Sultan, mungkinkah akan diperkenan?


Tapi aku amat memerlukan, kerana itu aku meminta-minta, merayu-rayu...

Berdoalah, merayu-rayulah terus, merintih dan adukanlah segalanya yang menjadi kesulitan hidupmu pada Dia yang Maha Mendengar lagi Maha Tahu. Jadilah seperti pesakit yang mendedahkan segala derita dan penyakitnya kepada doktor. Urusan ubat, bukan pesakit yang menentukan, tetapi doktor.


Jadi?

Yang kita rasa perlu untuk kita, belum tentu itu yang Tuhan mahu untuk kita. Boleh jadi, apa yang kita tidak sukai itulah yang terbaik buat kita. Dan boleh jadi pula apa yang kita sukai itulah yang tidak baik bagi kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih, sedangkan kita maha lemah lagi jahil. Terimalah ketentuan Tuhan itu sebagai sahutan dari munajat dan doamu..

~Sayangnya Allah pada wanita..~



Kaum Feminis menyatakan susah jadi wanita ISLAM, lihat sahaja peraturan dibawah ini:

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar dari rumah

3. Wanita saksinya kurang berbading lelaki

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak

6. Wanita wajib taat kpd suami tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataan)??? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik.

Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan??? itulah bandingannya dengan seorang wanita perlu taat pada suami tetapi lelaki wajib taat pada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tek perlu diserahkan kepada suamiinya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk isterinya dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat didoakan oelh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk ALlah du muka bumi ini, dab matinya jika kerana melahirkan anak adalah syahid..

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. manakala wanita pula, tanggungjawab terhadapnya di tanggung oleh 4 orang lelaki ini.

Suaminya, ayahnya, anak lelaki dan saudara lelaki. seorang wanita boleh memasuki pinti syurga melauli mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat saja:

1. Solat lima waktu

2. Puasa dibulan ramadhan

3. Taat pada suami

4. Menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawab kepada ALlah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fi sabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH...demikian sayangnya Allah pada wanita

~S.U.J.u.D~



assalamualaikum..artikel yang menarik ini diterima saya daripada seorang sahabat..semoga akan menjadi amalan kita seharian...:)



Sujud legakan sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak
sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal,
kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t.
yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya
tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti
ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah
Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat
adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka
menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan
mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula
boleh:
membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari
tempat asalnya.
membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
melegakan sakit hernia. (burut)
mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
melegakan paru-paru daripada ketegangan.
mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
meringankan bahagian pelvis.
memberi dorongan supaya mudah tidur.
menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.
pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,
mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit
buah dada.
mengurangkan kegemukan.
pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan
mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit
gelombang perut (convulsions).
organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan
oksigen.
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah
ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah
dan sebagainya.


Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur
dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran
darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti
seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak
manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia
memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.


Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan
Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu
tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang
malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau
sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Jom Solat awal waktu

Dia datang

Followers

About Me

Foto Saya
Armiza Aris
Imannya umpama bulu ayam yang halus dan tidak kukuh
Lihat profil lengkap saya