Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

~P.u.t.e.r.i K.e.s.a.y.a.n.g.a.n R.A.S.U.L.u.L.L.A.H~


Salam perjuangan ya sahabat-sahabat...MySpace
malam ini ana xtau kenapa mood study ana xkunjung tiba..MySpace...puas ana menatap buku untuk mentelaah..tapi xjugak2 masuk ilmu kedalam dada..MySpace...jadi, ana bukak laman web kegemaran ana Iluvislam.com mana tau ada artikel yang menarik untuk menambah ilmu di dada..ana teringat, satu ketika dahulu, seseorg sahabat ana mengatakan, jika malas study buatlah perkara yg berfaedah..hanya Allah sahaja yang tahu apa yang kita lakukan..MySpace
Ana terjumpa satu artikel menarik mengenai puteri kesayangan Rasulullah..Saidatina Siti Fatimah r.a..dengan membaca sirah2 nabi boleh membuatkan kita merasa dekat dengan zaman kegemilangan Islam di bawah pemerintahan Rasulullah s.a.w, dengan membaca sirah nabawiyah juga turut menambahkan rasa kecintaan kita kepada Rasulullah..sesungguhnya jikalau kita cinta akan kekasih Allah, maka kita turut mencintai Allah s.w.t..insyaAllah...
Kisah di bawah ini menunjukkan sikap Siti Fatimah yang patut dicontohi seluruh muslimat yang dambakan kehidupan yang bahagia di akhirat kelak, kecekalannya dalam menempuh kesusahan di dunia bersama suami tercinta akan menjanjikan kebahagiaan+kesenangan di akhirat kelak..marilah contohi puteri kesayangan Baginda ini..MySpace

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

~E.x.A.M~


Esok akan bermulalah peperangan sebagai seorang pelajar...EXAM...
aku tertanya2 pada diriku..MySpace

sudah bersediakah wahai DIRI

sudah bersediakah wahai AKAL

sudah bersediakah wahai HATI

sudah bersediakah wahai EMOSI DAN ROHANI

masyaAllah...BELUM..MySpace

Ya aku pasti, final exm utk sem ni aku langsung xbersedia luar dan dalam..
aku hanya baca...baca...baca...dan baca..MySpace

"ya Allah...semoga aku memperoleh ketenangan untuk menjawab exm kali ini..Kau ingatkanlah mana yang aku lupa, Kau timbulkanlah mana yang tenggelam, Kau tunjukilah mana yang tersembunyi...jangan biarkan aku cuai..hanya padaMu tempat aku bergantung..hanya padaMu tempat aku menyerah..kurniakanlah secebis ilmuMu untukku..Kau lah Tuhan yang Maha Bijaksana..amin ya Rabbal Alamin..."MySpace

~I.n.D.A.h.N.Y.a A.u.R.a.T~

MySpacesalam sahabat-sahabat...
Hari ni ana ada cerita menarik yang nak dikongsikan dengan semua...
sebuah cerpen dari petikan cerpen iluvislam.com ini
menceritakan dan menerangkan betapa indahnya penciptaan kaum hawa..
renungkan~!!MySpace


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

“Ajaklah kepada jalan Allah dengan berhikmah, bantahlah mereka dengan kebaikan.”

Titah Sultan Al-Zahir kepada para Ulama’ yang bakal berdebat dengan Paderi-Paderi dari Gereja Saint Paul. “Insya-Allah, dengan pertolongan-Nya kita bukan sahaja mampu menang debat ini bahkan mereka semua akan dikurniakan hidayah oleh Allah ta’ala, bukankah begitu ajaran Nabi kita wahai guruku?”

Para Ulama’ yang hadir bersidangan hari itu tersenyum mendengar titah Sultan Al-Zahir yang menampakkan kecerdasan dan kealimannya. Syeikh Muhimmah kemudiannya berkata, “Benar Tuanku, patik mewakili saf Ulama’ berbangga dan bersyukur bernaung di bawah seorang Sultan yang beriman dan bertakwa seperti Tuanku.”

“Janganlah kalian ucapkan begitu, jika dibandingkan dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, Sultan Muhammad Al-Fateh dan ramai lagi, beta ini hanya picisan. Semoga Allah meredhai beta dengan tanggungan amanah yang maha berat ini. Beta hanya tidak mahu masuk neraka.”

Sultan Al-Zahir menangis di hujung titah, para hadirin diminta bersurai. Kecuali seorang sahaja, Syeikh Muhimmah. Dia adalah penasihat dan guru kepada Baginda Sultan Al-Zahir, beliau mendampingi baginda semenjak baginda merah lagi. Hinggalah baginda memegang tampuk pemerintahan Negara Masaya.

Ketika berdua dengan Syeikh Muhimmah, Sultan Al-Zahir menceritakan perihal mimpinya semalam. “Guruku, kamulah makhluk yang beta sayang sesudah kaum keluargaku, beta ingin meluahkan apa yang terbuku di hati beta kepadamu.”

Syeikh Muhimmah tenang, sambil melurut janggut putihnya lalu berkata, “Silakan, Tuanku bukan hanya Sultan pada patik, bahkan tidak kurang dari seorang anak.”

Sultan Al-Zahir terharu, hampir sahaja menitis air mata ukhwah. “Semalam beta bermimpi, aneh sungguh mimpinya. Gusar beta memikirkan. Tujuh biji bintang di langit telah berguguran lalu menerpa tepat ke arah istana dari langit, memang keadaan Negara Masaya jadi gegak gempita, bintang-bintan itu seperti meluncur tanpa belas kasihan dan bakal sahaja memusnahkan kita semua.”

Baginda terhenti sejenak, berkerut muka, matanya dilontar jauh ke angkasa. Baginda menyambung, “Hampir sahaja bintang-bintang itu ke bumi, tiba-tiba segala bintang itu berpecah dengan secepat kilat lantas menjadi abu kerana sebiji batu bumi yang hitam lagi hodoh melanggar mereka. Apakah firasatmu guruku?”

Lama Syeikh Muhimmah membatu, matanya dipejam. Dia lantas bangun, “Tuanku, adalah baik kita bermunjat kepada Allah agar dapat kita rungkai mimpi Tuanku.”

“Baiklah, ayuh.”

Usai mereka berdua sembahyang sunat hajat dua rakaat secara berjemaah, Syeikh Muhimmah berpaling kepada Sultan Al-Zahir dan berkata sambil tersenyum, “Alhamdulillah, kita memohon kepada Allah diberi ilham dan Allah perkenankan.”

“Maksud guru...”

“Ya, Allah ilhamkan padaku dengan kekuasaannya untuk menafsirkan mimpi tuanku. Insya-Allah segalanya akan terungkai.”

Debat akan bermula bila-bila masa sahaja, orang ramai sudah berkumpul di dewan terbuka Suukil Fawakih. Lima orang paderi Nasrani yang paling alim akan berentap untuk menguji kebenaran agama Islam.

Anwar, si pedagang kurma berkata, “Mustahil mereka boleh menumpaskan Guru-guru kita yang alim-alim belaka.”

Sahabatnya Daud juga mengiakan, “Insya-Allah dengan pertolongan Allah, Dia sentiasa bersama orang yang menegakkan agamanya.”

“Jangan terlalu yakin saudara, paderi-paderi ini telah mengalahkan ramai alim ulama’ di Negara Islam lainnya. Mereka itu hebat berkata-kata untuk mematikan hujah, logik akal mereka juga membisukan lawan.”

Seorang munafik bernama Khazzab bersuara, dia lantas menambah, “Kalau mereka menang maruah Islam akan tercalar. Sultan dan Ulama’ juga akan dipandang hina.”

Orang sekeliling tidak mempedulikan kata-kata Khazzab, mereka tahu benar perangai si munafik itu. Kalau bukan sebab dia masih mendirikan solat, berpuasa, berzakat dan menunaikan haji serta mengucap dua kalimah syahadah. Sudah pasti dibunuh.

Pusingan pertama bermula, saf Ulama Masaya ditanya, “Kalian mendakwa Islam itu adil, dan banyak ayat al-Quran menyuruh berlaku adil.”

“Benar katamu”

“Namun kenapa perempuan sahaja yang perlu menutup aurat? Bukankah itu satu bentuk kezaliman?”

Syeikh Yusuf, anak murud Syeikh Muhimmah mohon untuk menjawab. “Tidak benar katamu, kerana Islam tidak hanya menyuruh perempuan sahaja yang menutup aurat bahkan lelaki juga sama.”

“Buktikan?”

“Kamu membaca al-Quran?”

“Ya.”

“Tahu maknanya?”

“Kami fasih berbahasa Arab.”

“Cuba tengok ayat ke tiga puluh surah An-Nur, apakah maknanya?”

Mereka lantas mencapai dan membelek-belek mushaf al-Quran yang dibawa bersama.
Salah seorang membaca dengan lantang, “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Syeikh Yusuf menambah, “Maka jelaslah bahawa Islam bukan hanya mewajibkan kepada kaum perempuan untuk menutup aurat, kaum lelaki juga tidak terkecuali. Cumanya berbeza pada pelaksaannya.”

“Itulah maksud kami, kenapa terdapat perbezaan antara lelaki ddan perempuan. Kalau perempuan diwajibkan memakai niqab, jilbab dan sebagainya. Maka kaum lelaki juga begitu, tetapi aurat lelaki hanya bermula dari pusat hingga ke lutut manakala aurat perempuan keseluruhan tubuh melainkan tapak tangan dan muka, bahkan ada sesetengah Ulama’ Islam mewajibkan menutup muka.”

Bentak salah seorang paderi panjang lebar, rakannya menambah, “Inilah ketidakadilan yang kami maksudkan, kami mohon penjelasan.”

Syeikh Mahmud kemudiannya memohon kebenaran untuk berhujah, beliau memula kata-katanya dengan pujian kepada Allah dan Rasulullah lantan berkata, “Betul kata tuan, banyak bedanya syariat aurat lelaki dan perempuan. Cumanya saya ingin persoalkan, adakah secara zahirnya lelaki dan perempuan itu sama?”

“Tentu sekali tidak.”

“Nah, tuan sendiri sudah menjawab persoalan tadi.”

“Maksud tuan hamba?”

“Apabila secara zahirnya lelaki dan perempuan berbeza maka pensyariatan ke atas mereka pun berbeza dalam perkara khusus seperti aurat. Ini adalah kerana wanita itu dijadikan dengan penuh keindahan. Dan Islam meletakkan keindahan itu pada tempat yang sewajarnya.”

Syeikh Waliullah yang dari tadi hanya mendiamkan diri pun bersuara, “Izinkan saya menyuarakan pandangan saya, saya kira jika saya bagi bukti dari ayat-ayat suci kami tentunya pihak tuan akan tolak mentah-mentah, ini adalah kerana tuan-tuan tidak beriman dengannya.”

Tambahnya lagi, “Izinkan saya mengguna logik, jika kita ke kedai permata untuk membeli permata yang elok, baik dan bermutu. Agaknya tuan di mana letaknya permata itu?”
Plato, salah seorang paderi itu menjawab, “Tentunya disimpan rapi.”

“Makanya Islam juga begitu, wanita dipandang mulia dan mempunyai haknya tersendiri di dalam Islam tanpa menafikan hak orang lelaki. Ini adalan sangat berbeza sekali dengan peradaban dan kepercayaan agama lain sejak dulu. Dan tentunya permata yang bermutu dan berharga itu perlu dijaga, dibungkus, dipamerkan ketika hanya perlu. Bukannya dilonggok dan bukannya didedahkan di khalayak sesuka. Itu sudah tentu barang yang sudah hilang nilai harganya.”

Paderi-paderi tidak berpuas hati. “Maksudnya walaupun ianya kelihatan tidak adil?”

“Adil atau tidak bukan nilaian kita, kami orang Islam apabila sesuatu perkara itu merupakan arahan Tuhan kami, kami akan ikut tanpa banyak soal. Kami yakin bahawa Allah ada hikmahnya tersendiri di sebalik pensyariatan aurat itu.”

Paderi-paderi yang hadir hampir kebuntuan akal. Kemudiannya salah seorang daripada mereka bersuara, “Baiklah, kami mengakui Islam itu lengkap dan indah. Namun, kenapa masih ramai umat Islam sendiri yang tidak mengamalkan malah menentang ajaran Islam itu sendiri?”

Syeikh Muhimmah berkata, “Masalah ini berpunca dari orang-orangnya bukan agamanya. Sepeti juga kamu, berapa keratkah yang benar menganuti dan mengamalkan ajaran Kristian yang sebenar melainkan sudah ramai yang semakin jauh dengan ajaran kamu sendiri.”

Sekali lagi para Paderi itu terbisu. Dan sesi hari itu berakhir dengan kemenangan moral memiihak kepada orang Islam.

~B.e.R.W.u.d.U.K~

MySpace Assalamualaikum~~~!!! ^_^
posting kali ni nak kongsi sket maklumat yang pernah ana terima...urm...selama ni xterfikir pon kenapa kita kena buat step2 wudhuk 2..main ikut je..lepas dh tawu, rasa kagum je dgn cara hidup Islam ni...semuanya ada hikmah dan sebab2 tertentu...xpernah pun seksa kita..sebab tu org kata ISLAM IS THE BEST WAY OF OUR LIFE...same2 renungkan yer~~~!!!


1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah. MySpace


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri. MySpace

3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll. MySpace

7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri .

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

selamat beramal~!!MySpace

~S.o.L.a.T~

Sekarang minggu study..MySpace.next week nk exm..even belajar sains, ilmu akhirat jgn dilupakan..

Nak kongsi ilmu tentang;

~PeRkara Dilarang dalam SOLAT~MySpace

  • Menempelkan satu kaki dengan yang lain ketika berdiri.

  • Berdiri di atas satu kaki

  • Duduk di antara dua sujud dengan kedua-dua lutut terangkat ke atas dan telapak tangan di lantai atau duduk di atas lutut dan jari kaki tegak berdiri tanpa kaki menyentuh lantai.

  • Memasukkan kedua-dua tangan ke baju ketika berdiri, rukuk dan sujud. Keadaan itu menyerupai orang Yahudi dalam solat mereka.

  • Menangkat pakaian (sarung dan celana) ketika sujud sama ada dari arah depan atau belakang. Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketika solat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Aku diperintahkan bersujud di atas tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau rambut".

  • Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan dari dada.

  • Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul ihram serta antara rukuk dan bacaan surah. Hal ini tidak disukai jika seseorang itu menjadi imam. Sepatutnya, ia berdiam diri sebelum membaca al-Fatihah dan rukuk.

  • Makmum pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihramnya sendiri dengan takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam.

  • Bagi imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama dengan yang kedua dan memisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak.

  • Solat dalam keadaan mahu membuang air kecil atau besar kerana ia boleh mengganggu khusyuk dalam solat.

  • Jangan bersolat ketika perut dalam keadaan sangat lapar apatah lagi ketika itu makanan disediakan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya "Apabila diserukan solat Isya sedang makan malam siap, dahulukan makan sebelum mengerjakan solat Isya kecuali apabila waktu solat tinggal sedikit atau hatinya mantap, tidak terpengaruh. "

  • Beberapa ulama salaf berkata: Empat perkara tidak patut dilakukan dalam solat iaitu berpaling, mengusap muka, mempermainkan batu kerikil (di tempat solat) dan solat di tempat lalu lintas.
  • Beberapa larangan solat yang lain ialah menyilangkan jari kedua-dua tangan, mempermainkan sendi jari tangan atau kaki sehingga mengeluarkan bunyi, menutup wajah dengan kain dan memasukkan kedua-dua tangan di antara kedua-dua paha ketika rukuk.
MySpace

~B.u.R.u.K S.a.N.g.K.a~

hari ini aku dah belajar satu lagi pelajaran yang berguna sebagai seorang insan yang lemah di sisi Allah..satu2nya sifat yang sentiasa buat aku runsing..BURUK SANGKA...huh~! sebagai seorang yang sentiasa mencari ketenangan+kasih sayang Allah, xmungkin sifat sebegini ada dalam hati..

aku dah meminta pertolongan dan nasihat kawan2 sekeliling aku..bagaimana nk buang sikap buruk 2? .... rakan2 ku mmberi jawapan yg sama..sepakatkah mereka? kata mereka;

"always think positive, kalau kita buat mcm 2 kt org lain, mesti akan kena kt kita balik.."

"wht goes around comes around.."

mcm tula...sebenarnya, sifat mazmumah mcm ni, amat di murkai Allah..sebab tu kau runsing sgt..aku nk jd muslimah yg baik, disenangi Allah dan orang sekeliling aku..

ampunilah aku Ya Allah...:(

MySpace

~P.e.R.T.a.M.a~

MySpace

bismillah....
assalamualaikum pembuka kalam...

Puas penulis berfikir, apa yang patut ditulis untuk pembukaan blog ini....???

di sini....tujuan aku menulis blog

  • berkongsi ilmu dengan para pembaca
  • menambah ilmu
  • insafkan diri dengan teguran para pembaca
  • semoga Allah memberkati diri ini...
urmm..xada idea la..huh~~!!
mungkin post2 akan datang berjaya jugak aku tulis sesuatu yg bermakna..
Insyaallah...

MySpace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Jom Solat awal waktu

Dia datang

Followers

About Me

Foto Saya
Armiza Aris
Imannya umpama bulu ayam yang halus dan tidak kukuh
Lihat profil lengkap saya